"Better than a thousand days of diligent study is one day with a great teacher"

one eppi family @ home

one eppi family @ home
Keluarga Pak Mut

Saturday, January 23, 2010

iLMu PeNyuLuh HiDup...

Saya telah diberi tugasan untuk menjadi guru Pendidikan Islam yang tahu serba sedikit tentang fotografi...Tajuk yang telah dipilih adalah 'Ilmu Penyuluh Kehidupan'...Setiap gambar mempunyai tema-temanya tersendiri menggunakan teknik-teknik yang telah dipelajari...dan berikut adalah hasilnya:




Gambar ini diberi tema 'Pencarian'. Di dalam usaha mendapatkan ilmu sentiasa melibatkan proses pencarian yang tidak pernah kenal erti penat dan jemu...gambar ini diambil secara kandid untuk menggambarkan emosi pencari yang berusaha bersungguh-sungguh dalam memilih buku yang sesuai.




Tema gambar ini adalah 'ketekunan'. Saya menggambarkan proses pencarian ilmu itu memerlukan ketekunan dan komitmen yang tinggi daripada si pencari seperti di dalam gambar ini.




'Kepelbagaian' merupakan tema bagi gambar di atas...Sebagai seorang Muslim yang cemerlang, kita harus menguasai ilmu yang pelbagai untuk memantapkan diri kita...Ilmu juga boleh didapati di dalam bahasa yang pelbagai dan tidak terikat pada satu bahasa sahaja...Gambar ini telah diambil menggunakan teknik 'framing'.




Di dalam setiap pencarian ilmu mesti disusuli dengan perkongsian ilmu itu sendiri kepada orang di sekeliling...Ini bersesuaian dengan tema gambar di atas iaitu 'Perkongsian'...dan saya mengaplikasikan teori 'rule of third' ketika mengambil gambar ini.





Tema gambar ini adalah 'Berpanjangan'. Proses pencarian ilmu ini sentiasa berterusan dan berpanjangan di sepanjang hayat...seperti mana pepatah "menuntut ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahad...Gambar ini diambil menggunakan teknik "Line".


Beginilah hasilnya hasil ekspedisi saya menangkap gambar di sekitar perpustakaan UIA...harap semuanya enjoy...dan reflect... :)

1 comment: