Di sini saya ade uploadkan 2 video klip mengenai tajuk berdoa yang saya jumpe...diharap dapat beri manfaat kepada GPI laen..*cume bahasa yang digunakan adalah bahasa indonesia...
Adab Berguru
14 years ago
Gambar ini diberi tema 'Pencarian'. Di dalam usaha mendapatkan ilmu sentiasa melibatkan proses pencarian yang tidak pernah kenal erti penat dan jemu...gambar ini diambil secara kandid untuk menggambarkan emosi pencari yang berusaha bersungguh-sungguh dalam memilih buku yang sesuai.
Tema gambar ini adalah 'ketekunan'. Saya menggambarkan proses pencarian ilmu itu memerlukan ketekunan dan komitmen yang tinggi daripada si pencari seperti di dalam gambar ini.
'Kepelbagaian' merupakan tema bagi gambar di atas...Sebagai seorang Muslim yang cemerlang, kita harus menguasai ilmu yang pelbagai untuk memantapkan diri kita...Ilmu juga boleh didapati di dalam bahasa yang pelbagai dan tidak terikat pada satu bahasa sahaja...Gambar ini telah diambil menggunakan teknik 'framing'.
Di dalam setiap pencarian ilmu mesti disusuli dengan perkongsian ilmu itu sendiri kepada orang di sekeliling...Ini bersesuaian dengan tema gambar di atas iaitu 'Perkongsian'...dan saya mengaplikasikan teori 'rule of third' ketika mengambil gambar ini.
Tema gambar ini adalah 'Berpanjangan'. Proses pencarian ilmu ini sentiasa berterusan dan berpanjangan di sepanjang hayat...seperti mana pepatah "menuntut ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahad...Gambar ini diambil menggunakan teknik "Line".